Catatan

(1) Memori Pagi

Imej
       Lebuh Raya Utara Selatan, atau dikenali sebagai PLUS, hari itu agak lengang dari kedua-dua arah. Sebuah kereta Toyota Vios merah yang menghala ke arah selatan, bergerak pada kelajuan sederhana 90 – 100 km per jam. Farhan memandu dengan tenang. Isterinya, Murni, lena dibuai mimpi di tempat duduk sebelah pemandu sejak bermulanya perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Melaka. Begitu juga dengan kedua-dua anak mereka, Haikal dan Uqashah yang kepenatan di atas carseat masing-masing. Sudah menjadi kebiasaan bagi kedua-dua anak kecil itu bermain bersama datuk dan nenek mereka di Kuala Lumpur yang dikunjungi lebih kurang sekali atau dua kali dalam sebulan. Dalam ketenangan pemanduan itu, banyak perkara yang difikirkan oleh Farhan. Kisah-kisah silam, keadaan semasa dan tentang masa hadapan.        Ada satu perkara yang apabila Farhan mengenangkannya, air matanya pasti mengalir. Kadangkala tanpa disedari. Kebiasaannya Farhan cuba mengelak mengingati perkara itu di khalayak ramai, bimb

Sudah lama tidak menulis... akan kembali menulis...

Bismillahirrahmanirrahim... Salam Ramadan 1442H / 2021 M... Sudah lama rasanya saya tidak menulis di blogspot ini. Walaupun lebih 10 tahun lepas, saya mula menulis... menjadi cebisan kenangan untuk diri sendiri... Biarpun kadangkala apabila melihat semula penulisan tersebut, ada yang tidak matang dan lebih kepada emosi semata-mata... huhu. Nmun, benarlah ada yang pernah berkata, masa mengajar kita. Masa sudah pun mengajar kita, hanya tinggal diri kita menerimanya sahaja berlalu, atau menjadikannya perkara untuk dimuhasabah untuk menjadi insan yang lebih baik. Selamat kembali, diri.