'Ibadurrahman
assalamualaikum...di kala sedang menulis blog ini, tiba mcm nk gerimis, sedang hari2 sebelm ni panas terik, mau di colmar atau besançon..subhanaAllah...alhamdulillah...baru sahaja balik dr besançon....biarpun sedikit penat, tetapi kepenatan yg dirasa ialah kepenatan yg bermanfaat..syukur..terima kasih kepada akhi2 dan ukhti besançon - faiz, kak ama n lain2 gk - hadi, kak ezatul yg ak baru kenal(seronknya makan, picnic bersama, main bola n basket, n paling penting sentiase berjemaah)...alhamdulillah semoga pertemuan ini akan menjadikn kite smakin rapt dlm ukhuwah fillah....terima kasih bnyak2 krana telah mlayan kami, pekom 4 dengan baik skali..hanya Allah yg mmbalas jasa kalian..bgitu juga dgn kak aishah roslan yg telah ak tumpang biliknye bersama syed...merci beaucoup......












di sini nk berkongsi sedikit ttg "'ibadurrahman", siapakah golongan ini?? apakah signifikasinya dlm kehidupan seharian kita?? sesungguhnya segalanya telah tercatat di dalam kitab mulia Al-Quran Al-Karim...(surah Al-furqan, ayat 63 - 77 ) marilah kita same2 lihat dan hayati ayat2 ini..;
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini, (63)
Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (64)
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. (65)
Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk; (66)
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (67)
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; (68)
Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan; (69)
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (70)
Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; (71)
Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. (72)
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. (73)
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (74)
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, (75)
Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal. (76)
Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu. (77)
alhamdulillah..begitulah 13 ciri 'ibadurrahman (hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), (yg bold warna pink) berdasarkan ayat2 dlm surah Al -furqan ini...semoga kita semua dapat mengamalkn segala ciri2 ibadurrhaman ini insyaAllah...ingatlah bahawa akhiratlah tujuan hidup kita yg sebnrnye- utk memperoleh syurga Allah yg kekal abadi..amin...
bertemu lagi utk pengisian seterusnye..terima kasih kpd saudara faiz yg conduct usrah ni last week...:) sedikit gambar2 kenangan.....






alhamdulillah, semoge kite sume tergolong dlm ibadurrahman. tq kt faiz, hadi, kak² besançon, amin, mukhsin n pekom 3 ,4 yg wat trip kli ni penuh bermakna. insya allah jumpe lagi hujung bln nih.
BalasPadaminsyaAllah..." Ya Allah, kuatkanlah hati dan iman kami, jadikan kami org2 yg Kau kasihi dan rahmati, memperoleh kejayaan dunia dan akhirat..amin..."
BalasPadamterima kasih mas kerana berkongsi ilmu yg mas n rakan² lain dpt di besançon... semoga kita didalam golongan tersebut 'ibadurrahman'..
BalasPadam