Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Lensa Kembara Ilmu

Sudah lama tidak menulis... akan kembali menulis...

Bismillahirrahmanirrahim... Salam Ramadan 1442H / 2021 M... Sudah lama rasanya saya tidak menulis di blogspot ini. Walaupun lebih 10 tahun lepas, saya mula menulis... menjadi cebisan kenangan untuk diri sendiri... Biarpun kadangkala apabila melihat semula penulisan tersebut, ada yang tidak matang dan lebih kepada emosi semata-mata... huhu. Nmun, benarlah ada yang pernah berkata, masa mengajar kita. Masa sudah pun mengajar kita, hanya tinggal diri kita menerimanya sahaja berlalu, atau menjadikannya perkara untuk dimuhasabah untuk menjadi insan yang lebih baik. Selamat kembali, diri.

anak pokok

Imej
aku mempunyai sebatang anak pokok. dahulunya kecil. aku rajin menyiramnya dengan air bersih, agar batang, daun dan buahnya kemudian hari sihat-sihat dan segar. parasit di sekeliling, ulat dan serangga yg selalu cuba-cuba hendak memakan dan merosakkan daun, cepat-cepat akanku buang supaya anak pokokku ini terjaga. baja yg bagus2 pun aku letakkan. kini, ia telah berusia beberapa tahun. aku merasakan, ia sudah cukup besar, jadi, tidak perlulah untuk selalu dijaga seperti semasa kecilnya dahulu. parasit yg dahulunya aku pernah cabut, tumbuh kembali. ulat dan serangga pun, datang kembali. sudah lama juga aku tidak menyiramnya, adalah aku siram, tapi just ala kadar atau guna sahaja air lebihan kotoran mana2. aku yakin dengan resistannya. tapi... ternyata jangkaanku meleset. anak pokok ini, mungkin tidak seperti jenis pokok yg lain. anak pokokku ini, masih dikira "anak" lagi, biarpun sudah beberapa tahun.. lihatlah saja, strukturnya makin lemah, kehausan air yg sihat, dau...

Lepaskanlah...

Lepaskanlah... mengapa sukar kumelepaskannya dia bukan milikku aku mencintainya namun cintaku itu, aku keliru cinta keranaNya atau kerana nafsu aku pernah cuba melepaskannya meletakkan suatu masa tanpa cuba berhubung namun tiba suatu ketika aku sememangnya tidak tahan meluahkan rasa rindu bahkan.. aku kecewa kerana kadang kala rasa rindu itu kuinterpretasikan dengan cara yg batil... aku menjadi lemah.. dan lemah.. aku tersentak dengan suatu perbandingan rindu halal itu indah, rindu haram itu padah, ya, aku dalam rindu yg haram rupanya selama ini... bukan sekali aku cuba melepaskan bahkan berkali-kali dan berkali-kali itu juga aku tewas dengan mainan perasaan ini Allah masih mencampakkan lagi rasa ingin bertaubat dalam imanku yg mungkin hanya senipis kulit bawang itu di luar aku tersenyum namun di dalam, pastilah hanya Allah yg mengetahuinya.. oh syaitan, kau mmg pintar mencari titik kelemahanku.. oh nafsu, mengapa engkau tewas berkali-kali, bukankah kau dis...

Diari Ramadhanku 1434 H / 2013 M

Imej
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbth. Salam akhir Ramadhan. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah swt yg telah meingizinkan diri ini sekali lagi untuk bertemu dgn penghulu segala bulan, Ramadhan Al Mubarak… yang bakal melabuhkan tirainya… Kalau nak diikutkan terlalu banyak hendak dikongsikan pengalaman berpuasa di perantauan tahun ini... sangat berbeza, dan diharapkan menjadi benar² milestone utk menjadi insan yg lebih bertaqwa insyaAllah !!! So ni version ringkas (walaupun dia nk jadi panjang juga :p). Tanpa izinNya, tak mungkin masih dapat bernafas pada bulan yg mulia ini. Allah masih memberikan peluang kpd hambaNya ini untuk memanfaatkan hidupnya utk memohon keampunan atas dosa-dosa yang telah dilakukan… untuk kembali mendambakan cintaNya, mengharapkan syurgaNya. Mnyedari begitu hinanya dunia dan nafsunya. Ini bukan kali pertama utk saya berpuasa di Perancis, mungkin sudah kali ketiga ataupun keempat… tetapi tahun² sebelum ini hnya se...

barulah tahu....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbth. Masya Allah.. dah lama sangat x menulis huhu. =) **************************************************************** Malam itu hujan renyai². Angin tidak begitu kencang seperti malam sebelumnya. Basikal dikayuh ke hujung jalan dan berpatah balik ke hujung yang lain. Sudah beberapa hari mencari masjid tetapi masih tak jumpa. Dalam hati berkata, "ya Allah, jumpakanlah dgn mana² pakcik/makcik "bara" yg tau kat mana masjid, kalau x jumpa jugak, cuma masjid yg setengah jam je la dari sini yg bleh pegi dgn basikal ni... Pusing punya pusing, akhirnya nampak satu kelibat dari jauh seorang wanita yang bertudung putih berjalan ke arah basikal saya. “eh, macam muslimah je”. So apa lagi, terus melaju ke arah makcik tu. “Assalamualaikum makcik, maaf jika saya menganggu!” tegur saya dgn perasaan gembira. “Waalaikummussalam wbth.” Jawabnya dgn riak sedikit terkejut kemudian tersenyum. “makcik, saya ni sebenarnya dh ...

bukan mudah

Bismillahirrahmanirrahim. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah, Allahuakbar. bukan mudah, bukan mudah rupanya, berperang dengan nafsu diri sendiri. setelah kian lama ditinggalkan di belakang, tidak semena-mena ia mampu datang semula. hingga mampu membuatkan diri ini tidak mampu dibuai lena seketika, kerana memikirkannya bertentangan dgn apa yang dipegang sekarang. masih mencari diri? benarlah, demi masa sesungguhnya manusia itu kerugian. melainkan mereka yg beramal soleh, dan berpesan kpd kebenaran, dan berpesan kpd kesabaran. [surah al asr] sungguh mudah dilontarkan, tetapi bukan mudah utk dilaksanakan. namun bukan mustahil utk diusahakan. barangkali kerana mutabaah amal yg tidak begitu bersungguh²? mungkin secara jumlahnya tampak hebat, namun tidak merasai kemanisannya? Ya Allah, kpdMu kekuatan diminta agar tidak berlepas diri dr sibghahMu. mgkin ak tahu dunia itu membinasakan, tetapi ak belum merasa ia membinasakn, dan smpai bila² pn ak tidak mahu merasa dunia membinasakanku...

ujian dari Allah

Imej
Bismillahirrahmanirrahim. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah, Allahuakbar. Mungkin kerana sudah lama tidak menulis, dan kekangan masa untuk perkara² yang lebih penting, ilham untuk menulis pun semakin berkurang... tetapi sepatutnya tidak begitu. Semakin menerima ilmu² baru dan diberi peringatan, seharusnya semakin ligat jari-jemari ini bermain di papan kekunci komputer untuk dikongsikan bersama pembaca... seperti suatu masa dulu.. Astagfirullahal'azim... mungkin kebelakangan ini, saya terlalu bnyak memikirkan perkara² yang tidak penting. masa² yg lapang tidak diisi dgn baik... kerana itu situasi ini menghambat diri. semoga Allah yang Maha Pengampun mengampuni diri ini... Apapun, setiap hari kita pasti diuji oleh Allah. sama ada ujian kesenangan atau kesusahan. itulah tarbiyah dari Allah swt. Allah yang mengetahui apa yg terbaik untuk kita. kadangkala kita suka mengeluh atas kesusahan kita, tetapi tidak terfikirkah kita nikmat yang Allah berikan terlalu bnyak dalam kehidup...

sentiasa diawasi

Imej
Salam wbth. Astagfirullahal'azim. SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Terima kasih kepada seorg akh yg memberikan saya peringatan ini. Hanya Allah yg membalasnya. Biarpun mungkin akh tersebut tidak membaca post ini, semoga sama² beroleh kebaikan dan pahala daripada pesanan ringkas ini. Tahukah anda apa itu muraqabah ? Saya bukanlah org yg arif utk menghurai panjang tazkirah ini, namun apa yang dikongsikan di sini sekadar cebisan² intipati yang yg dpt diingat. Muraqabah bermaksud pengintaian (hakikat keadaan kita diintai, diawasi, ...). Sebenarnya di dalam Al-Quran dan Hadis, terdapat bnyak peringatan kepada kita supaya kita sentiasa merasakan diri kita diawasi dan dilihat oleh yg Maha Satu, Allah SWT. Saya pasti kita semua tahu tentang bagaimana keadaan apabila diawasi. Contohnya semasa exam, kita tidak akan berani² utk meniru atau membuka nota² yg dilarang utk dibawa semasa peperiksaan, kerana kita sedar ada guru yg sentiasa memerhatikan dan kalau ditangkap, susahlah jadin...

midnight

Salam wbth. Astagfirullahal'azim. SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. I am really eager to write more tonight. But I am too tired. Saya sangat mahu berkongsi dengan anda perkara² yang bermanfaat. InsyaAllah. Wallahualam.

masa..

Ya Allah... janganlah jadikan diriku ini tertipu dgn waktu yang ada.. astagfiullahal'azim....

refresh

SubhanaAllah. Lama sungguh tidak menulis. Allah, berikanku kekuatan menghadapi hari²... exam mode + KERJA² biasa yg xkn berhenti...

tawakal...

bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah. lailahaillallah. astagfirullahal'azim... Hari ini tidak seperti semalam. Di kala diri semakin digalas tanggungjawab, di situ jua ujian demi ujian mendatang. teman yg sama bekerja semalam tidak lagi bersama hari ini. tugas semakin berat. diri perlu lebih gagah mengatur langkah. teman yang semalam tersenyum, tetapi hari ini tidak dapat diertikan apakah lara wajahnya. biarpun kejujuran diminta, mungkin diri teman belum bersedia meluah rasa... Hari yang kian berlalu, terasa semakin sukar. Kalau tiada tsiqah padaNya...nauzubillah...semoga tali kepada janji Allah tidak akan pernah putus...akhirat dikejar, bahagian dunia utk kejayaan akhirat digenggam jua di tangan, bukan di hati... Allah Ar-rahman, mudahkan urusan hambaMu ini, org tuaku, keluargaku, rakan²ku, mereka yg berjuang fisabillilah. kerana tanpa belas kasihMu, tidaklah ak tahu, betapa kucar kacir jiwa dan ragaku...hanya kepadaMu ya Allah, Tuhan yg Esa dan mengetahui segala isi hati... ***...

tak sangka, tak mengerti...

Imej
Assalamualaikum wbth, Alhamdulillahirabbil'alamin, allhummasolli'ala saidina muhammad wa'ala alihi wasohbihiwassallim. Dalam ketenangan melihat kuntuman bunga² spring dibawa angin yang berlalu, diri ini kadangkala tidak pernah terlepas drpd memikirkan persoalan² yang acapkali tidak diketahui jawapannya... Sungguh menakutkan, apabila kita berani untuk berkata-kata, tetapi apa yang dikatakan dan disampaikan itu, tidak kita cuba untuk diselarikan dengan amal, biarpun mungkin kita telah mengerti dan memahaminya di dalam jiwa, itulah masalah "penghayatan" yang sering berlaku pada kebnyakan manusia..mungkin termasuk diriku yg hina ini... "Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. " Surah As-Saff (61: 2 dan 3) Zaid bin Arqam telah meriwayatkannya dengan berkata, “Saya mendengar Rasulullah bersabda: Pada hari Kiamat seseorang di...

...

bismillahirrahmanirrahim... pagi itu sgt indah, subhanaAllah..rasanya, sepnjang lebih 20 tahun ak bernafas di muka bumi ini, itulah kali pertama ak melihat suatu yg dikenal "tahi bintang" di hadapan mata sendiri..mm mmg pelik..mungkin ramai sahaja yang dah bnyak kali melihat fenomena itu...tetapi bagiku, mmg itu kali pertama..subhanallah..(sebelum ni tgok kat TV je) kegusaran dalam hati ini, beberapa ketika, memang menyakitkan..namun kini, ak sedar...andai itu yg berlaku..pasti ada yg tidak kena dengan amal-amal ku untuk-Nya...mungkin ada sahaja mutabaah amalku yang tidak cukup, ataupun jika cukup, mungkin tidak mencapai kualiti yang seharusnya..dan juga, disebabkan kelalaianku juga mungkin dalam saling berpesan² kepada kebenaran dan kesabaran..(sebagaimana di dalam surah al-asr)..dan begitulah, memang harus terus bermuhasabah diri.. teman-teman, saudara²ku, andai dirimu gusar, ketahuilah bahawa Dia pasti paling mengetahui ketidakketenanganmu itu, siapa lagi kalau bukan ALLAH...

Kembali

Salam semua. Alhamdulillah dan syukur atas segala nikmat-Nya yang memang tidak akan pernah dapat dikira mahu pun dapat dibalas, subhanaAllah. Semakin pendek umur yang tinggal, semakin banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kuharapkan diri ini tsabat di jalan-Mu ya Allah, semakin cantik akhlaknya, semakin berkualiti ibadahnya, semakin membara semangat menyampaikan kebenaran.. (ketahuilah diri ini masih lagi serba kekurangan...) Andai anda juga punya minat menulis, dengan niat kerana-Nya, teruskanlah usaha itu, semampunya, walaupun kecil, siapa tahu mampu mengetuk hati² insan lain..paling tidak pun, hati kita sendiri.. Andai ada sedikit ruang masa, akan saya bercerita kembali di sini..Semoga bermanfaat insyaAllah... Astagfirullahal'azim..wallahualam. selamat berjuang! MBR

It's my Gary

Imej
Salam to all. So, how are you guys? and iman? :) It has been a long time that i didn't write here. well, it's normal. there's a lot of other priority things I have had to do before i can just simply write a little post here. Voilà, this is my cat, named Gary. Of course, it's not easy to take care a pet. i'll try my best not to "menzalimi" it. i hope by taking care of Gary, he will pray good things to Allah for us. however, i'm still thinking what i gonna do with him when it will just the time for me to go back to Malaysia... Just several quotes : Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa-apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka kerjakan. (surah an-Nuur; 24:41) Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih denga...

parole 2

Imej
Bismilahirrahmanirrahim (suatu waktu ketika di Malaysia) Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang masih lagi memberikanku peluang utk terus melalui kehidupan ini . Untuk terus mengisi umur yang tidak tahu berapa lagi bakinya dengan amal ibadah (sepatutnya), dan menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah. (of course juga) Sebagai muslim, itulah yg sepatutnya…kadangkalaku gusar, kerana iman dalam hati ini sering saja bergoncang-goncang…barangkali dek tarikan jahiliyyah di sekeliling yg x pernah putus2 menarik-narik iman ini, ditambah dengan makhluk Tuhan yg bernama iblis/syaitan yang memang tidak akan berhenti drpd melalaikan manusia drpd Allah..mmm bukan ‘barangkali’, tapi itulah hakikatnya… Ya Allah ya Ilahi…tetapkan hati ini…iman ini kepadaMu..walauapapun yg berlaku…izinkan ak utk mencintaiMu, utk bersamaMu,…kasihanilah hambaMu ini, dan semua hamba2Mu yg beriman, dan semua org Islam… Sungguh sejuk hati ini melihat saudara2ku yg istiqamah di jalanMu…yg berjua...

parole

Imej
Salam semua. Apa khabar? Sudah lama blog saya ini menyepi. Kepada yang membaca selama ini, terima kasih banyak2. Tiada apa2 yang istimewa di sini. Mungkin sekadar sedikit perkongsian pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa, itu sahaja. Diam x diam, rupanya dah hampir setahun saya di tempa t saya belajar sekarang ini. dalam selama ini mengatakan seumpama lambatnya masa berlalu, rupanya tinggal sebulan lagi sebelum cuti panjang hampir tiga bulan...sudah setahun lebih juga pemikiran saya telah berubah, pemikiran dahulu ke pemikiran kini, yang tidak dapat diungkap dengan kata2, yang mengubah hampir semua tindakan dalam hidup saya. Apabila kita telah mengetahui sebenar-benarnya, tujuan kenapa kita wujud pada saat ini, bagaimana kita nk lakukan dlm hidup ini, segala-galanya..tanggungjawab kita, kasih sayang kita....Sudah pasti hanya kerana Allah pujaan semua makhlukNya... Kalau dulu, "down" dan putus asa sentiasa menghiasi jalan hidup saya. Maklumlah, dah biasa dengan kejayaan dan ...

HIDUP

Imej
Hari itu agak penat sikit. mungkin baru lepas naik cuti sekolah 2 minggu. Kelas english petang. Mr. Vidélo, sentiasa mengeluarkan soalan-soalan perbincangan yang hebat di dalam kelas utk diperdebatkan, biarpun kadangkala para pelajar seperti malas hendak berfikir panjang. Namun rasanya soalannya hari itu berbeza dengan hari-hari yang lain. (telah diterjemah ke bahasa ibunda, bahasa melayu. dengan modifikasi tanpa mengubah mesej asal.) Mr. Vidélo (MV) : Apa agaknya soalan dalam hidup awak semua yang awak anggap besar dan kadangkala awak tak tahu jawapannya? Pelajar 1 : Adakah ada kehidupan selepas mati? MV : ok. selain tu? Pelajar 2 : Adakah Tuhan tu wujud? Pelajar 3 : Ada ke hantu? Pelajar 4 : Kenapa kita hidup ya? Pelajar 1 : mmm mestila sebab kita nak berjaya dalam hidup. Pelajar 3 : Sebab nk kumpul duit banyak2!!! (kedengaran ketawa di dalam kelas) Pelajar 4 : nk ade family, rumah, kereta, kerja yg baik etc. mcm tu barula hidup kita happy. MV : ok. tapi kan... awak terfikir x..kadan...