Diari Ramadhanku 1434 H / 2013 M
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum
wbth. Salam akhir Ramadhan.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada
Allah swt yg telah meingizinkan diri ini sekali lagi untuk bertemu dgn penghulu
segala bulan, Ramadhan Al Mubarak… yang bakal melabuhkan tirainya…
Kalau nak diikutkan terlalu banyak hendak dikongsikan
pengalaman berpuasa di perantauan tahun ini... sangat berbeza, dan diharapkan
menjadi benar² milestone utk menjadi insan yg lebih bertaqwa insyaAllah !!!
So ni version ringkas (walaupun dia nk jadi panjang juga :p).
Tanpa izinNya, tak
mungkin masih dapat bernafas pada bulan yg mulia ini. Allah masih memberikan
peluang kpd hambaNya ini untuk memanfaatkan hidupnya utk memohon keampunan atas
dosa-dosa yang telah dilakukan… untuk kembali mendambakan cintaNya,
mengharapkan syurgaNya. Mnyedari begitu hinanya dunia dan nafsunya.
Ini bukan kali pertama
utk saya berpuasa di Perancis, mungkin sudah kali ketiga ataupun keempat… tetapi
tahun² sebelum ini hnya sempat berpuasa beberapa hari (kerana selebihnya
dilaksanakan di Malaysia ketika bercuti), bersama beberapa rakan Malaysia, jadi
tidaklah begitu merasai sangat pengalaman ramadhan di sini.
Ya. Tahun ini saya
berpuasa dan menyambut Ramadhan di Perancis. Seorang diri di bandar yg asing
(sehingga hujung julai yg lalu). Tiada Malaysian lain di bandar ini. Dan pada
musim panas yg sinonim dengan frasa « ramadhan » itu sendiri, mungkin
lebih 3 atau 4 jam berbanding tempoh berpuasa sehari di Malaysia. itupun
mungkin x semencabar jika nk
dibandingkan dengan muslim yg berpuasa di UK (hampir 20 jam). Di sini lebih
kurang 17 jam sahaja…
InsyaAllah, kalau
tiada aral ini ramadhan saya yg terakhir as oversea student sepanjang berada di
sini… Cantiknya susunan Allah biarpun pada mulanya saya seperti tidak dapat membayangkan
berpuasa seorang diri, ramai rakan-rakan yg bercuti di Malaysia, tapi syukur
kepada Allah, akhirnya ramadhan itu dapat dilalui juga....
Pada mulanya masjid pun sukar dicari di bandar
asing tu. Masjid yg jauh dan jalan yg berbukit bukau memerlukan mujahadah yg
sgt tinggi utk saya pergi dgn basikal « Peugeot » saya. Dalam hati
mmg pernah terlintas, x mungkin dapat pergi ke masjid hari² kalau trpksa
mengayuh mcm ni. Tambahkan dgn penat nk ready utk kerja esok lagi.
Tapi, itulah tarbiyah dari Allah. Kalau azam kita tinggi, iA akan dimudahkan
Allah. Rasa rugi kalau dalam seminggu tu tak dapat at least sekali ke dua kali
beriktikaf sekejap dan berterawih di masjid. Walaupun x wajib, tapi ganjaran
amalan sunat bulan ni pun x sama dgn bulan² lain..Pada hari pertama saya pergi
ke masjid tu menaiki basikal, mmg lah sgt penat huhu.
2 orang menawarkan utk
menumpangkan saya menaiki kereta ke masjid utk berbuka dan terawih di masjid.
Air mata seperti hendak mengalir. Mungkin mereka tahu saya tinggal jauh... dan
of course Allah yg menggerakkan hati mereka utk melakukan amal baik tersebut...
dari hari itu, hampir setiap hari saya berpeluang ke masjid. Alhamdulillah.
Di sini mungkin xde bazaar
ramadhan seperti di Malaysia, tetapi bagi saya hidangan berbuka di sini x
pernah x special! Dimulakan dgn susu dan kurma, kemudian kami solat magrib,
kemudian terus berbuka berat sedikit.
Pembuka selera : Syurba (sejenis
sup daging), buah-buahan, kuih-muih (bergantung kpd hari)
Menu principal (utama) : bertukar² setiap hari (couscous,
nasi Pakistan, nasi Senegal, ayam golek etc..) + roti baguette
Dan air manis yg juga pelbagai termasuk kopi dan susu
panas !
Suasana terawih di sini juga saya rasakan hebat seperti
di mana², walaupun pukul 11 malam baru nk masuk isyak, tapi terawih mereka
tetap semangat ! utk setiap malam biasanya imam akan habiskan 1 juzuk utk
8 rakaat tu…
Ada satu perkara yg sgt menarik di masjid ini, sebelum
isyak, botol² berisi air mineral 500ml diletakkan di setiap depan² saf solat !
pada mulanya saya berasa sgt pelik, tetapi perkara ini rupanya (saya rasa) ada
objektif tertentu, iaitu utk menyegarkan para jemaah ketika beribadah/solat !
Ditambah dgn bahang panas yg kadang² juga terasa pada waktu malam, maka air sgt
penting !
Ok, seterusnya biarlah sedikit
gambar² ini yg berbicara... Di sebalik sedikit rasa sentimental tidak pulang ke
Malaysia pada cuti summer ni, Alhamdulillah tersimpan sgt bnyak sebenarnya
kenangan, perasaan excited dan gembira berpuasa di sini. Terutamanya nikmat
merasai ramadhan itu dgn seadanya, bertemu dgn mereka yg sangat baik,
pengalaman berbeza dan macam² lagi yg x dapat diungkapkan dgn kata²...
Semoga Allah menerima puasa serta
segala amalan kita pada bulan ramadhan ini, dan menjadi asbab utk dimasukkan ke
syurga, juga dijauhkan dari azab neraka... Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul
afwa fa’fuanni... Semoga diberi peluang lagi utk bertemu lagi pada ramadhan
akan datang...
Jom sama² teruskan momentum
ramadhan pada syawal ini dan juga sepanjang tahun insyaAllah! Salam aidilfitri
maaf zahir batin...
Syurba dan roti
Kari daging (kot?)
kutipan derma from secours islamic (or islamic relief)
pamphlets
other pamphlets
Poster
Botol air yg saya cerita tadi (actually bnyak lagi kat belakang!)
Washing the dishes together
Some entrées
Ada kuiz ramadhan jugak!
Thanks to Ahmed (left) and Samah (right) for driving me almost EVERYDAY to the masjid. May Allah grants both of you with many hasanahs...
Azizi joined me during my last iftar in Annecy
29 Ramadhan 1434 H / 07 Julai 2013
Grenoble












Ulasan
Catat Ulasan