Lepaskanlah...
Lepaskanlah...
mengapa sukar kumelepaskannya
dia bukan milikku
aku mencintainya
namun cintaku itu, aku keliru
cinta keranaNya atau kerana nafsu
aku pernah cuba melepaskannya
meletakkan suatu masa tanpa cuba berhubung
namun tiba suatu ketika
aku sememangnya tidak tahan meluahkan rasa rindu
bahkan.. aku kecewa kerana kadang kala rasa rindu itu
kuinterpretasikan dengan cara yg batil...
aku menjadi lemah.. dan lemah..
aku tersentak dengan suatu perbandingan
rindu halal itu indah, rindu haram itu padah,
ya, aku dalam rindu yg haram rupanya selama ini...
bukan sekali aku cuba melepaskan
bahkan berkali-kali
dan berkali-kali itu juga aku tewas
dengan mainan perasaan ini
Allah masih mencampakkan lagi
rasa ingin bertaubat dalam imanku yg mungkin hanya senipis kulit bawang itu
di luar aku tersenyum
namun di dalam, pastilah hanya Allah yg mengetahuinya..
oh syaitan, kau mmg pintar mencari titik kelemahanku..
oh nafsu, mengapa engkau tewas berkali-kali, bukankah kau disantap dgn makanan rohani
selang hari-hari, namun mungkin santapan itu hanya sintetik atau beracun...??!
oh akal, di mana logikmu
oh tubuh badanku, akulah yg mengawalnya, yg akan menjawab di mahsyar nnti..
aku berharap masih belum terlambat
Allah, kuatkan rinduku hnya padaMu, rasulMu, Al QuranMu, dan rindu2 lain akan terbatas dgn syariatMu
aku akan terus mencuba
melepaskannya..
aku tidak tahu kenapa begitu sukar melakukannya
Moga Allah menggantikannya dgn yg lebih baik
atau akanku bersua dgnnya, dengan izin dan redha Allah
di syurga abadi..
aku akan terus mencuba
mungkin aku akan gagal kembali,
aku tidak mengharap kegagalan itu
andai gagal, moga sentiasa sempat
roja'tu ilaAllah, faghfirli... faghfirli.. faghfirli..
hidup dan matikanku ya Allah dalam iman yg hakiki...

Ulasan
Catat Ulasan