...

bismillahirrahmanirrahim...

pagi itu sgt indah, subhanaAllah..rasanya, sepnjang lebih 20 tahun ak bernafas di muka bumi ini, itulah kali pertama ak melihat suatu yg dikenal "tahi bintang" di hadapan mata sendiri..mm mmg pelik..mungkin ramai sahaja yang dah bnyak kali melihat fenomena itu...tetapi bagiku, mmg itu kali pertama..subhanallah..(sebelum ni tgok kat TV je)


kegusaran dalam hati ini, beberapa ketika, memang menyakitkan..namun kini, ak sedar...andai itu yg berlaku..pasti ada yg tidak kena dengan amal-amal ku untuk-Nya...mungkin ada sahaja mutabaah amalku yang tidak cukup, ataupun jika cukup, mungkin tidak mencapai kualiti yang seharusnya..dan juga, disebabkan kelalaianku juga mungkin dalam saling berpesan² kepada kebenaran dan kesabaran..(sebagaimana di dalam surah al-asr)..dan begitulah, memang harus terus bermuhasabah diri..


teman-teman, saudara²ku, andai dirimu gusar, ketahuilah bahawa Dia pasti paling mengetahui ketidakketenanganmu itu, siapa lagi kalau bukan ALLAH...dan juga hamba² kerdil yg hanya mampu melakukan apa yg terdaya dgn izinNya..misalnya diriku ini...


dalam kesibukan mengejar risalah dan juga ijazah...tetiba ak terfikir hari ini, bagaimana agaknya keadaanku nnti andai masa ajal itu tiba (since skrg bnyak berita org meninggal dunia...) bagaimana di kubur agaknya...?? tiada teman? gelap kah? apakah yg akan berlaku sehingga menunggu hari akhir nanti? wallahualam...


Semoga sama dalam rahmat Allah selalu...


MBR

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

setahun di colmar yang akanku tinggalkan..

(1) Memori Pagi

Allah knows