anak pokok
aku mempunyai sebatang anak pokok. dahulunya kecil. aku rajin menyiramnya dengan air bersih, agar batang, daun dan buahnya kemudian hari sihat-sihat dan segar.
parasit di sekeliling, ulat dan serangga yg selalu cuba-cuba hendak memakan dan merosakkan daun, cepat-cepat akanku buang supaya anak pokokku ini terjaga. baja yg bagus2 pun aku letakkan.
kini, ia telah berusia beberapa tahun. aku merasakan, ia sudah cukup besar, jadi, tidak perlulah untuk selalu dijaga seperti semasa kecilnya dahulu.
parasit yg dahulunya aku pernah cabut, tumbuh kembali. ulat dan serangga pun, datang kembali. sudah lama juga aku tidak menyiramnya, adalah aku siram, tapi just ala kadar atau guna sahaja air lebihan kotoran mana2.
aku yakin dengan resistannya. tapi... ternyata jangkaanku meleset. anak pokok ini, mungkin tidak seperti jenis pokok yg lain. anak pokokku ini, masih dikira "anak" lagi, biarpun sudah beberapa tahun.. lihatlah saja, strukturnya makin lemah, kehausan air yg sihat, daunnya rabak dimakan ulat dan serangga, belum tinggi sangat lagi.. senang cerita, mcm nk matilah kalau tgok.. sedih, sedih, aku menangis. aku rupanya tidak cukup menjaganya dengan baik. zahirnya, aku rasa dh cukup baik dh, hidup je ak tgok pokok org lain dgn style penjagaan cmtu... oh rupanya tidak... masih lagi lemah anak pokokku ini.
aku harap ia masih belum mati! insyaAllah. sudah masanya, dan akan terus, perlu istiqamah, tidak boleh lalai lagi dlm menjaganya. tolonglah, wahai diriku, make sure ulat2 tu x dtg balik, letakla pokok ni kat tempat cahaya yg baik utk tumbesarannya, selalu la pujuk2 anak pokok ni dgn kata2 n semangat yg baik.. kan kdg2 org kata kita bleh cakap dgn tumbuhan kan, so of course it will influence its growth, man!
of course aku berharap buah2 yg akan terhasil dari pokok ini akan baik dan dapat dinikmati oleh sesiapa saja, rasanya sedap, enak.. xpe2, hasil tu, kita tgok nnti. yg penting, Tuan aku suruh tanam jaga baik2 elok2 sbb hasilnya nnti utk aku jugak dan bukan org lain pun.. insyaAllah
*****************************
sekadar anologi utk diriku
anak pokok = hati yang baru mendapat sentuhan DnT
element2 lain = sila fikir sendiri...
Wallahualam

Ulasan
Catat Ulasan