barulah tahu....


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbth. Masya Allah.. dah lama sangat x menulis huhu. =)

****************************************************************

Malam itu hujan renyai². Angin tidak begitu kencang seperti malam sebelumnya. Basikal dikayuh ke hujung jalan dan berpatah balik ke hujung yang lain. Sudah beberapa hari mencari masjid tetapi masih tak jumpa. Dalam hati berkata, "ya Allah, jumpakanlah dgn mana² pakcik/makcik "bara" yg tau kat mana masjid, kalau x jumpa jugak, cuma masjid yg setengah jam je la dari sini yg bleh pegi dgn basikal ni...

Pusing punya pusing, akhirnya nampak satu kelibat dari jauh seorang wanita yang bertudung putih berjalan ke arah basikal saya. “eh, macam muslimah je”. So apa lagi, terus melaju ke arah makcik tu.

“Assalamualaikum makcik, maaf jika saya menganggu!” tegur saya dgn perasaan gembira.

“Waalaikummussalam wbth.” Jawabnya dgn riak sedikit terkejut kemudian tersenyum.

“makcik, saya ni sebenarnya dh berhari² cari masjid. Kat internet saya tgok bnyak alamat masjid. Tapi satu² saya pegi, ada yg dh diruntuhkan, ada yg dah tutup..susah juga ye kat bandar ni... so makcik tau ke if ada masjid terdekat kat sini?”

“ye nak, kat sini masjid yg paling lama kat sini pun dh diruntuhkan.. mmg susah kat sini.. katanya nk dibina masjid baru.. tapi ramai plak masyarakat sini x setuju.. kami masih lagi sedang berjuang kat tribunal supaya ada penyelesaian … » jawab makcik dgn sedikit nada kesal. « tapi mmg ada satu lebih kurang 15-20 minit jugak kalau awak naik basikal ni.. awak masuk simpang ni, kemudian…(menunjukkan direction).hah lepas tu awak akan jumpalah. »

« oh ok makcik. Terima kasih bnyak la makcik. Dah lama dh saya cari, ni pun saya baru singgah kat satu alamat yg tertulis kat internet tu... dah berhari² saya tunggu before dan sebelum isya. Tapi xde org pun... actually saya tgh buat stage ( internship) kat company depan tu, baru nk dekat dua minggu. “

“oh mmglah nak.. Yg kat situ dh ditutup dh.dah dijual dan org buat rumah lain”.

“ic... kenapa susah sgt kat sini makcik, kat bandar tempat saya belajar sebelum ni senang je nk cari. Bukan ke kat sini ramai juga kan muslim ? bandar pun ramai org, cantik, ada tasik, gunung...»

Makcik menjawab, “kat sini lain nak... bandar ni cantik dan best utk org yg kaya² je. Tahu x bandar ni antara yg termahal kat France ? org kat sini semua makan n shopping best². Saya and anak² x pernah pun menikmati mcm yg diorg rasa.. kalau shopping sume saya lagi sanggup pegi bandar awak atau bandar² bsebelahan lain... ». dalam hati saya berkata « oh… patutlah tgok barang kat sini bleh nmpak beza dgn bandar² lain… »

Makcik menyambung lagi, « org² kaya kat sini lain… mereka mcm agak racist. Awak buat stage kat sini, elakkanlah drpd tunjukkan awak ni muslim… saya kerja kat hospital hujung tu… saya x boleh pakai tudung waktu bekerja…awak tahu kan apa perasaan saya…sebelum ni officemates saya x tahu  saya pakai tudung di luar waktu bekerja… tapi satu hari tu bila diorg tahu, mereka terus pandang saya lain. Even minum kopi time rehat mcm selalu pun x nak.mereka paksa saya bukak tudung sblm masuk ke hospital kat taman bawah hospital tu. Tapi saya x nak. Saya kata hnya kat rez de chaussé (groundfloor) sahaja saya bukak utk masuk dan keluar keje. Nasib baiklah saya ada contract keje ni smpai certain masa. Kalau x, mmg saya sure saya dh kene buang keje awal² bila mereka tahu saya ni muslim..”

“oh yeke makcik??! Dahsyatnya... sabar la ye makcik...”

“ye nak, makcik tahu... Allah tu tahu segala²nya. Kita kat sini akan terus berjuang bekerja, mencari ilmu… kamu ni dari mana ? »

« saya dari malaysia. Makcik pulak ? »

« saya dari algeria. Kamu blajar kat sini, negara kamu yg hntar ? »

« haah makcik.. kalau x, xde nye saya smpai sini.. »

« subhanaAllah.. blaja bagus² ye… balik nnti berbakti pada agama dan negara… seronok sngat dpt jumpa kamu »

« insya Allah makcik.. eh saya yg patut lagi seronok jugak sbb ada org yg tunjukkan jalan ni. Org² masjid tu ok ke makcik kalau saya dtg ? mana tahu saya ni nmpak asing ke?

“Allah.. mestilah! Tu seras bienvenu ! Kita ni muslim. Muslim ni apa? Kita seperti abang dan kakak. Kalau seseorang muslim x merasakan begitu, bukan muslim lah namanya… »

“oh.. okla makcik.. saya nk pegi isyak ni.. tapi rasanya mmg x sempat sbb jauh dan dh terlepas masa... iA esok saya cuba tgok”

“baiklah nak... makcik pun nk balik nnti.. tapi basikal kamu ni xde lampu... jngan lah pegi mlm² cmni, sbb akan lalu hutan sikit… on sait jamais hein.. »

“oh ok makcik, nnti esok saya beli lampu dulu camtu. Terima kasih sekali lagi makcik. Semoga Allah bagi bnyak kebaikan kat makcik...”

“ok. Jngan lupa ye beli lampu dulu sblm ke sana. Assalamualaikum wbth..”

“Wslm wbth makcik.”

Basikal pun dikayuh menuju ke arah rumah, merentasi jalan yg agaksedikit berbukit. Semoga diri ini terus tabah dalam pencarian iman yang hakiki...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

setahun di colmar yang akanku tinggalkan..

(1) Memori Pagi

Allah knows