HIDUP

Hari itu agak penat sikit. mungkin baru lepas naik cuti sekolah 2 minggu. Kelas english petang. Mr. Vidélo, sentiasa mengeluarkan soalan-soalan perbincangan yang hebat di dalam kelas utk diperdebatkan, biarpun kadangkala para pelajar seperti malas hendak berfikir panjang. Namun rasanya soalannya hari itu berbeza dengan hari-hari yang lain.

(telah diterjemah ke bahasa ibunda, bahasa melayu. dengan modifikasi tanpa mengubah mesej asal.)

Mr. Vidélo (MV) : Apa agaknya soalan dalam hidup awak semua yang awak anggap besar dan kadangkala awak tak tahu jawapannya?

Pelajar 1 : Adakah ada kehidupan selepas mati?

MV : ok. selain tu?

Pelajar 2 : Adakah Tuhan tu wujud?

Pelajar 3 : Ada ke hantu?

Pelajar 4 : Kenapa kita hidup ya?

Pelajar 1 : mmm mestila sebab kita nak berjaya dalam hidup.

Pelajar 3 : Sebab nk kumpul duit banyak2!!!

(kedengaran ketawa di dalam kelas)

Pelajar 4 : nk ade family, rumah, kereta, kerja yg baik etc. mcm tu barula hidup kita happy.

MV : ok. tapi kan... awak terfikir x..kadang2 ada manusia dh ada semua ni. family, harta, profession, tapi kenapa mereka tak gembira ya??

(hati ini terus tertumpu kepada soalan MV itu. mahu sahaja saya respon sejak saat pertama soalan diajukan. tapi terbatal kerana jawapan yang diberikan pelajar2 french dan asing lain ni memang tersasar drpd point2 utama hidup saya.)

Pelajar 5 : Ala biasa la tu cikgu. kat dunia ni. ade org hidup senang, ade susah. ikut nasib la.

MV : Mmmm...cakap pasal nasib ye...haaah Masruddin, apa pendapat awak tentang perbincangan kita ni? (Mungkin saya diajukn soalan kerana biasanya saya antara yang mula2 respon kalau ade conversation or debate, tapi x kali ni. Anyway MV mmg akan cuba tnye semua student gk)

Saya : errr...Bagi saya, kalau berbicara mengenai kehidupan, saya sentiasa mengaitkan dengan agama saya. Kita, manusia ni hanya mampu buat yang terbaik, yang menentukan hanya Tuhan sahaja. Dia mampu buat apa sahaja. Tapi kita hanya merancang shaja.

(kelas terdiam dan seolah-olah merenung tajam kepada saya. tapi saya buat x tahu shaja. maklumlah, kalau berada di negra sekularisme ni, kalau bleh agama jangan dikaitkan dgn kehidupan. jadi saya dh berkata-kata yg bertentangan dengan prinsip diorg.)

MV : oh macam tu. jadi awak percaya la ya Tuhan tu ada. oh...ok... tapi saya rasa kejayaan memang berada di tangan kita. ok kelas, so kita akan sambung buat latihan bla bla bla..)

(sya hanya tersenyum mdengar jawapan MV, dan MV juga senyum).

Selain kelas english, kelas géopolitique juga hebat cabarannya, apatah lagi sekarg kami sedang dlm topik dunia Islam (so tahu2lah kadang2 ada yg mereka salah faham, dan even kami muslim cuba menerangkn pkara sebenar, tetapi biasanya terhalang dgn keterbatasan bahasa perncis dan juga prinsip sebahagian mereka yg sukar utk diubah...bincang pasal jihad, hamas, perang teluk n sedikit sejarah dunia Islam...)

Wallahu'alam. Allah, kuatkan hati ini....

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? - al-an’am(6:32)

Ulasan

  1. assalamualaikum mas

    terharu baca.... still berani beritahu semua org walau ko golongan minoriti...

    emmm Islam dtg dlm keadaan asing, dan akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah org2 asing....

    BalasPadam
  2. wsalam raf,

    yup bersama kita jadi asing dan sedikit :) ~~~~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Terima kasih

It's my Gary

tears