tawakal...

bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah. lailahaillallah. astagfirullahal'azim...

Hari ini tidak seperti semalam. Di kala diri semakin digalas tanggungjawab, di situ jua ujian demi ujian mendatang. teman yg sama bekerja semalam tidak lagi bersama hari ini. tugas semakin berat. diri perlu lebih gagah mengatur langkah. teman yang semalam tersenyum, tetapi hari ini tidak dapat diertikan apakah lara wajahnya. biarpun kejujuran diminta, mungkin diri teman belum bersedia meluah rasa...

Hari yang kian berlalu, terasa semakin sukar. Kalau tiada tsiqah padaNya...nauzubillah...semoga tali kepada janji Allah tidak akan pernah putus...akhirat dikejar, bahagian dunia utk kejayaan akhirat digenggam jua di tangan, bukan di hati...

Allah Ar-rahman, mudahkan urusan hambaMu ini, org tuaku, keluargaku, rakan²ku, mereka yg berjuang fisabillilah. kerana tanpa belas kasihMu, tidaklah ak tahu, betapa kucar kacir jiwa dan ragaku...hanya kepadaMu ya Allah, Tuhan yg Esa dan mengetahui segala isi hati...

********

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

setahun di colmar yang akanku tinggalkan..

(1) Memori Pagi

Allah knows