LA ROCHELLE (special edition)


bismillahirahmanirrahim, alhamdulillah, sekali lagi saya berpeluang menulis di sini (ni edisi special in malay plak huhuuh). so apa khabar semua? harap sihat sentiasa insyaAllah...sebenarnya baru sahaja menamatkan test anglais semalm dan thermodynamique pagi tadi...hurmmm..xtau la...tawakal sahaja la. seperti biasa soklan2 agak sukar bagi saya yg mungkin x sehebat yg lain, tapi saya dh cube yg semampunya, n baru sahaja ym seorg senior, die kata "jangan give up!!!". insyaAllah. saya akan teruskn perjuangan ini. sifat mudah berputus asa bukan sifat orang mukmin kan? ^^,





sebenrnya hari jumaat hingga ahad lepas saya meluangkn masa saya berjumpa dengan junior saya di La Rochelle. macam pelikkn?? org belum cuti lagi saya dh sibuk jalan jauh2. tapi x apalah. pergi ke sana kerana teringin sangat ke pantai dan melawat junior. tiket telah saya beli awal2 lagi. so affordable la. nk ucap terima kasih sngt kat naz, naim, baasit, izat, mat, yg saya dapat jumpe di sana. sangt baik layann anda semua kepada saya, biarpun ade yg baru first time jumpe n x kenal sangt pon. tapi best nyer berada di LR. dibelanja kebab, masak sama, makan sama. even x bnyak masa saya di sana, tapi cukup la dapat berkenalan sedikit2 n silaturrahim. walaupun diorng baru abis exam francais sabtu pagi tu. kepada yg saya x dapat temui (conthnya afiq), x mengapalah, mungkin rezeki bertemu lain kali insyaAllah.




hari sabtu itu, setengah hari lebih hujan lebat, so saya duduk sahaja di rumah naz. petang baru la kuar shopping, n malam makan2. before tu pegi jugak tepi laut merasai kesejukan angin malam yg menusuk hingga ke tulang. then hari ahad petang, naz dan saya ke pantai. cuaca cerah hari itu. biarpun sang mentari terik memancar, namun kesejukan musim luruh-dingin tetap mendominasi cuaca siang itu. nway sangat cntik pemandangan di LR dengan kapal2nya, Maha Suci Sang Penciptanya.








hurmmm rasanya itu sahaja serba sedikit cerita kali ini. jadual cuti saya telah dipenuhi dengan perjalanan ke beberapa tempat di france. (huhu mcm bnyk je duit =)) saya dijangka akan ke Pau, Tours, Colmar, dan Besançon. insyaAllah semua perjalann ini bertujuan baik ye, bukan jalan2 buang masa tau, huhuhuuh. namun, tidak lupa utk pastikan saya revise utk la rentrée nnti. bnyak exam, ade partielle, exposé, pembentangan kerja sini sana. doakan saya mengurus masa dengan baik dan sumenye berjalan lancar. skrg saya dlm proses belajar mmbuat tiramisu juga! huhuu. tapi mungkin x sesedp mereka yg mengajar saya membuatnya. kalau ade rezeki dapatlah anda merasa tiramisu masruddin ini. ^^, akhir kata, terima ksih skali lagi kepada warga LR dan dtglah ke Rennes pula. ada umur bertemu lagi!! :::::::



*************************************************************************************

SALAHKAH KUAT BERAGAMA???

terdetik hati saya menulis sedikit tentang isu ini. rasanya bagi mereka yg sedang membuat persediaan di france sekarang, mesti sekarang M Pierron tu tgh pusing France utk bgtau pasal formation anda seterusnya. huhu. perkara ini telah saya lepasi dan juga senior2 anda yg lain.


perkara yg menarik hati saya utk bermadah di sini ialah mengenai isu "beragama" dlm kalangan pelajar2 di france. saya menulis ini bukanlah utk merumitkan keadaan, tetapi terasa bertanggungjawab utk memberi pendapat yg rasanya dapat difikirkan bersama. antara lain yg dikatakan oleh beberapa pihak ialah "disebabkan pelajar terlalu kuat beragama, maka study diabaikn dan menyebabbkn pelajar dihantar pulang balik ke malaysia". tidak dinafikn, kenyataan ini memg seratus peratus benar, iaitu ade pelajar yg dihantar pulang kerana fokus study nye hilang disebbkn bende2 lain. sya juga tidak mahu tergolong dlm golongan yg dihantar pulang kerana tidak fokus study, nauzubillahiminzalik; saya juga mahu berjaya mendapatkan dîplome d'ingénieur de chimie kelas pertama jika diizinkanNya, kerana itu tujuan saya ditaja disini, menggunakan sebhagian hak rakyat msia. saya tidak mahu amanah yg dipikut ini saya khianati.



apa yg menyedihkan saya ialah apabila agama, agama kita ISLAM, dijadikan fitnah dan nista, bahawa itulah penyebab kegagalan seseorg. itu yg agak memilukn. benar, kalau seharian word "ibadah" ditakrifkan sebagai solat, mengaji, bertasbih 24 jam, pastinya itu salah. kerana kita juga tidak boleh meninggalkn aspek dunia. sedangkn menuntut ilmu juga satu fardu kifayah yg perlu dilakukan. sebnrnya bukan ISLAM itu yg salah, tetapi mungkin cara kita bagaimana utk menghadapi keadaan ini. memanglah kalau x study, mana nk dapat kn??? kita perlulah berusaha dan x boleh bergantung harapan sahaja dengan goyang kaki. jelas dlm Al-Quran disebut "seseorg manusia itu tidak akan memperoleh sesuatu selain yg diusahaknnya" an-najm, ayat 39.



dalam masa yg sama, tidak bolehlah pula kita meninggalkan dan melupakan agama. suatu ayat dlm al-Quran bermaksud "masuklah kamu ke dlm agama Islam itu sepnuhnya/keseluruhannya". means, kalau kita study, tapi dlm masa yg sama kita leka dengan selalu dengar muzik yg mengkhayalkn, selalu tengok movie n etc yg tidak mendatangkn manfaat kepada gilapan iman, maka benarkah tindakan seperti ini?????? bukannya apa, ada golongan yg seprti salah pandang kepada istilah beragama dalam hidup. sama2 lah kita rujuk kembali kenapa kita dan jin diciptakan oleh Allah, perkara apa yg harus kita lakukan dalam hidup, dan jgn mudah menilai sesuatu perkara terus tanpa mengetahui perkara yg sebenr.



bagi org2 kafir, mudah bagi mereka berkata2. kerana mereka tidak percaya apa yg kita percaya. dan apa yg kita percaya itulah yg BENAR. telah jelas melalui bukti kekuasaanNYa. sama2lah kita yakin bahawa janji ALLAH itu benar.



terdetik di pemikiran saya tokoh2 ilmuwan Islam yg semakin dilupakn umatnya sendiri, ibn batutah, ibn sina, al khwarizmi, dan lain2. tidak kuat agamakah mereka ini??? semasa tamadun abbsiyyah, terukir phrasa "wala ghalibu illaAllah = tiada penakluk selain ALLAH", tidak cukup hebat kah tamadun Islam yg mengakui kekuasaan Allah ini, tiada selainNya?



tepuk dada, tanyalah diri dan iman. pedoman ini adalah utk diri saya sendiri dan anda yg berada di luar sana. bukan utk bertengkar, tetapi utk kita sedar semula, siapa kita? kenapa kita wujud sekarang? semoga bermanfaat utk semua... maaf andai ada silap kata, betulkn lah saya jika saya silap, kerana saya hanyalah insan kerdil dan hina.



wassalam, selamat berjaya! semoga sama2 istiqamah dlm kebaikan dan nahyi munkar..amin..^^,

Ulasan

  1. hehe betul. jangan give up. kalo rasa down, baca quran. salu berada dgn kawan2. jgn menyembunyikan diri sorg2. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

setahun di colmar yang akanku tinggalkan..

(1) Memori Pagi

Allah knows