tak sangka, tak mengerti...
Assalamualaikum wbth,
Alhamdulillahirabbil'alamin, allhummasolli'ala saidina muhammad wa'ala alihi wasohbihiwassallim.
Dalam ketenangan melihat kuntuman bunga² spring dibawa angin yang berlalu, diri ini kadangkala tidak pernah terlepas drpd memikirkan persoalan² yang acapkali tidak diketahui jawapannya...
Sungguh menakutkan, apabila kita berani untuk berkata-kata, tetapi apa yang dikatakan dan disampaikan itu, tidak kita cuba untuk diselarikan dengan amal, biarpun mungkin kita telah mengerti dan memahaminya di dalam jiwa, itulah masalah "penghayatan" yang sering berlaku pada kebnyakan manusia..mungkin termasuk diriku yg hina ini...
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. " Surah As-Saff (61: 2 dan 3)
Zaid bin Arqam telah meriwayatkannya dengan berkata, “Saya mendengar Rasulullah bersabda: Pada hari Kiamat seseorang didatangkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian usus-ususnya terburai dan dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat penggiling. Para penghuni neraka berkumpul dan bertanya kepada orang tersebut, “Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf dan melarang perkara yang munkar? Dia pun menjawab, “Dulu aku memang mengajak kepada perkara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang munkar, tetapi aku sendiri melakukannya.” (Hadith direkodkan Imam Bukhari)
Cukuplah sedikit petikan di atas ini sebagai tazkirah utk yg menulis dan membaca, agar mesej yg ingin dismpaikan difahami iA.
Kita boleh lari dari manusia, dr sesiapa sahaja, tetapi bukan yang di Atas tu. Mungkin ak tidak memahami apa yang dirasakannya, kerana ak x pernah melalui apa yg dilaluinya. tetapi kalau hukum sudah menyebut begitu, memang sudah tugasku utk membetulkannya. tiada alasan utk hukum dilanggar. sudah hilang persoalan faham atau tidak faham sesama manusia, andai itu yg dimahukanNya. ak juga insan biasa, x terlepas dr dosa dan noda, ayuh bersama²lah kita berlepas diri daripadanya, dengan usaha dan iman kurniaanNya, pasti akan terlaksana, insyaAllah dan yakinlah...
***************************************************************************
Dulu kulihat kau antara yg kuat bekerja, bekerja utk mcapai matlamat yang sama bersama, tetapi kini seolah-olah kulihat kau telah tiada, tiada lagi semngat itu, makin rudum ukhuwah itu, saat bertemumu, peluang yg paling sukar utk kucari, kukuatkan juga langkahku, semata-mata utk memenuhi hakmu wahai saudaraku, namun sapaanmu tidak kurasa manis seperti dulu, mungkin kau sudah benar² sibuk, ak tidak tahu...mungkin ada sengketa antara kita yang ku tidak tahu, maka perjelaskanlah. Hidup ini adalah utk bersatu menuju-Nya, bukannya utk mencari perbezaan sesama kita, biarpun perbezaan itu kan tetap ada, namun ukhuwah fillah akan merungkai segala nista.
terima kasih utk seorang saudaraku yang mengingatkanku dgn satu hadith yg bermakna. barakallhufik :
Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi s.a.w banyak berdoa: “Wahai
Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas
agamaMU”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, kami
beriman denganmu dan apa yang kamu bawa, apakah kamu masih takut lagi
tentang kami?” Jawab baginda: “Ya, sesungguhnya hati-hati manusia
berada di antara dua jari Allah, Dia membolak-balikkannya sebagaimana
Dia kehendaki ” - Riwayat At Tarmizi
Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yg lurus, daie hina ini berdoa kepadamu, agar wasilah yg dilalui ini, wasilah berselari dengan jalan kekasihMu, Rasulullah SAW. lagi pula, memperbaik diri, mengajak manusia kepadaMu, dan bukan yang lain....
***Maaf jika entri kali ini terlalu emosi, atau tidak difahami. doakan kesejahteraan diri ini....
MBR
salam mas, no fon sy g kat ym...
BalasPadam