ketika masanya telah tiba...

selepas setahun tidak bertemumu dan keluarga, pastinya melonjak hati ini untuk menemui semua, namun, seperti terlintas di hatiku, mengapa hiba mendatangi jiwa, mungkinkah kerana kebiasaan hati yg selalu begitu?

kucium wajahmu, terukir senyum dalam tangisan di hadapanku, ak juga begitu, begitu jua mak, along, angah, abg ijal, dan yang lain...semua gembira.

pada hari2 biasa, kulihat dirimu ria, bait2 katamu jelas. dapatku lihat kebanggaan seorang "abah" terhadap anaknya ini, yang memperoleh kejayaan kecil di sekolah menengah dahulu, abah dan mak bangga diarak, hanya utk menerima penghargaan utkku. ceritamu kudengar, anugerahku kau tampilkan, dlm hatiku, "terima kasih emak dan abah..."

belum sempurna seminggu, sepurnama, mahupun setahun kita bertemu setelah berpisah smentara, ketika masanya telah tiba...

di wajahmu kesakitan, kesakitan yang kau sendiri nyatakan tidak pernah dirasa, ak dan adik hanya memimpinmu, tanpa tiada apa yg disangka.

hari kian senja, di hospital itu, kau seperti bertarung. bahkan kami sekeluarga jua bertarung, kerna tidak tahu apa akan terjadi. kami hanya menunggu.

telefon berdering. ku jawab. ketika masanya telah tiba... Izrail sudah selesai tuganya terhadapmu...air mata membasahi semua wajah kami. rupanya kini kau sudah bertemu Allah S.W.T...

surah Yasin dibaca, alfatihah dikirimkan, surah al-ikhlas umpama menjadi siulan para tetamu rumah kami, doa kami cuba pnjatkan.

dan begitulah kehidupan kita, hamba Allah, kita lemah dan kerdil, hanya Allah yg kekal selama-lamanya, sedangkan kita akan MATI, cuma tidak tahu bila masanya.

kadangkala kuberfikir, terampunkah dosaku terhadapmu? terkabulkah doaku? anak2 solehkah kutergolong? ya Tuhan..masukkanlah diriku dlm golongan yang diampuni....

kini, semua hanya tinggal kenangan, kita telah berpisah buat selamanya, moga di akhirat nnti kita bertemu di jannatul firdaus. itulah doaku dan kami sekeluarga.

mak, reda akan pergimu. namun, tatkala berfikir tentangmu sejenak, pasti basah pipinya...dan begitu juga kami anak-anakmu...kami tahu itu takdir Allah, tapi kami hanya insan yg lemah, pasti tertewas dgn kesedihan...

kini mak seorang, azamku pastinya yg terbaik utknya, moga Allah memberkatimu dan merahmati mak...tugasku menjaga nama baikmu dan keluarga, anak soleh, berilmu, berguna kepada diri, agama, msyarakat dan negara...

nikmat mempunyai abah telah ditarik, Allah SWT lebih tahu, dan ak hnya bertawakal kepadaNya...

moga kau tergolong dlm golongan para solehin dan berjaya di dunia dan di akhirat, amin.....

"ya Allah, kuatkan hati kami menghadapi ujianMu....."

Al-fatihah kepada Allahyarham Rahmat bin Hj Shahri.


Ulasan

  1. salam mas
    harap ko terima sgalanya seadanya
    dan teruskan perjuangan menuntut ilmu ko kat france

    BalasPadam
  2. terima kasih ridhuan..insyaAllah..

    BalasPadam
  3. salam wrt..

    sedar x sedar setiap perkara pasti ada lawannya. Jika saat dan ketika ini kita masih hidup pasti akan tiba masanya kita akan dimatikan.(hanya ALLAH yang maha agung). Sebagai seorang yang hamba kita perlu sentiasa redha dan menerima setipa ketentuan daripada ALLAh swt.

    Teringat hadith nabi pasal anak adam. Apabila meninggal anak adam nih, tiada apa yang akan dibawa melainkan tiga perkara. Salah satunya adalah pasal anak yang soleh..(maaf x berapa engat hadith tu,,boleh check blk hehe =) )

    BalasPadam
  4. sabar yer mas... bersabar la yer dan jangan la sedih... sama2 kita sedekahkan al fatihah...

    BalasPadam
  5. sabar ye abang mas....
    setiap yg berlaku ade hikmah nyer...
    smoga anda berjaya pada masa hadapan...

    gud luk

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

setahun di colmar yang akanku tinggalkan..

(1) Memori Pagi

Allah knows